Pantun Budi

Kalau menebang, kalau menebang si pohon jati
Papan di Jawa, aduhai sayang
Papan di Jawa dibelah-belah
Kalaulah hidup
Kalaulah hidup tidak berbudi
Umpama pokok, aduhai sayang tidak berbuah
Umpama pokok tidak berbuah

Bunga selasih-bunga selasih, si bunga selasih
Kembanglah mekar, aduhai sayang
Kembanglah mekar di dalam taman
Pertama kasih-pertama kasih, kudua budi
Yang mana satu, aduhai sayang
Yang mana satu nak didulukan?

Datuk Laksamana-Datuk Laksmana ke bangka hulu
Berlayar kapal, aduhai sayang
Berlayar kapal membawa dagang
Bagailah mana-bagailah mana kapal nak lalu
Kuala sudah, aduhai sayang
Kuala sudah dilengkong karam

Bunga padi-bunga padi bunga kiambang
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di taman bunga
Buah hati-buah hati kekasih orang
Hamba menumpang, aduhai sayang
Hamba menumpang gembira sahaja



Credits
Writer(s): . Traditional, Salim Bin Sheikh Mohammed
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link