Dalam Hati Siapa Tahu

Pisau seraut si dua-tiga
Letak di peti dalam perahu

Dalam laut boleh diduga
Dalam hati, siapa yang tahu?
Dalam laut boleh diduga
Dalam hati, siapa yang tahu?

Orang Renggam pulang ke Renggam
Hendak menyunting bunga kecubung

Orang diam disangka diam
Bagai gunting makan di hujung
Orang diam disangka diam
Bagai gunting makan di hujung

Anak pangeran duduk di peti
Duduk di pintu berdua-dua

Sangat hairan di dalam hati
Biduk satu nakhoda dua
Sangat hairan di dalam hati
Biduk satu nakhoda dua

Pisau seraut si dua-tiga
Letak di peti dalam perahu

Dalam laut boleh diduga
Dalam hati, siapa yang tahu?
Dalam laut boleh diduga
Dalam hati, siapa yang tahu?



Credits
Writer(s): Johari Bin Salleh
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link