Sindiket

Suatu penipuan telah terjadi
siapakah dalangnya?
Menageh simpati sana sini
yang lemah menjadi mangsa,
Dia berumur 8 tahun tak tahu
arah nak di tuju,
Mencari sesuap rezeki ke hulu hilir
kesana sini,
Membawa secebis harapan.,
mengharapakan ehsan di jalanan,
Dan bila terima panggilan dia pula
membawa habuan.,
Suatu penipuan telah terjadi
siapakah dalangnya?
Menageh simpati sana sini
yang lemah menjadi mangsa,
Berlegar-legar di kaki lima,
Dengan sehelai kertas di tangan,
Menempuh pelbagai dugaan,
Semua demi satu tujuan,
Dari pagi hingga ke malam,
Membawa sama hasil kutipan,
Jika tidak membawa pulangan,
Dia dipaksa tidur di longkang.,

Heey.!!
Apa nak jadi dengan dunia ini,
Sindiket -Sindiket semakin menjadi-jadi,
Tangan, kaki, badan, semuanya masih steady,
Tapi makan hanya fikir pasal sendiri,
Ini berkembang lima rata-rata,
Timur, Barat, Selatan dan Utara,
Anda tak patutnya menjadi mangsa,
Sindiket yang tak berperikemanusiaan,
Dulu hidup mewah sekarang jadi gelandangan,
Dengan sehelai kertas di tangan,
Cacian-makian jadi makanan,
Tempuhi dengan satu tujuan,
Sudah habis lima pusingan,
Pulang membawa hasil kutipan.

Suatu penipuan telah terjadi
siapakah dalangnya?
Menageh simpati sana sini
yang lemah menjadi mangsa.
Ayuh dengarlah kisah ini,
Anak kecil menjadi umpanan,
Dia tidak boleh lari,
Takut nanti kehilangan tangan,
Diri dibelenggu tanda tanya,
Bilakah akan berakhir semua,
Dia menjadi alat dan tangan,
Sindiket yang tak berperikemanusiaan...,
Suatu penipuan telah terjadi
siapakah dalangnya?
Menageh simpati sana sini
yang lemah menjadi mangsa.

(THE END)
Mukriz_V



Credits
Writer(s): Fariz Hishamuddin, Muhammad Fairuz Mohd Kassim
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link