Sesungguhnya

Sebenarnya
hati ini
cinta kepadamu
sebenarnya
diri ini
rindu kepadamu

tapi aku tidak mengerti
mengapa cinta masih tak hadir
tapi aku tidak mengerti
mengapa rindu belum berbunga

sesungguhnya
walau kukutip
semua permata di dasar lautan
sesungguhnya
walau kusiram
dengan air hujan
dari tujuh langitmu

namun cinta
takkan hadir
namun rindu
tak akan berbunga

ku cuba menghulurkan
sebuah hadiah kepadamu
tapi mungkin kerana isinya
tidak sempurna tiada seri

ku cuba menyiramnya
agar tumbuh dan berbunga
tapi mungkin kerana airnya
tidak sesegar telaga kauthar

sesungguhnya walau kukutip
semua permata
di dasar lautan
sesungguhnya walau kusiram
dengan air hujan dari tujuh langitmu

namun cinta takkan hadir
namun rindu tak akan berbunga
jika tidak mengharap rahmatMu
jika tidak menagih simpati

padamu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasihMu
kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku
kepadaMu

moga ku tahu
syukurku adalah milikMu.



Credits
Writer(s): Nazrey Bin Johani
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link