Begitulah Aku

Aku dahului
Dengan salam yang murni
Kiranya kau dengar kelu sukma ini

Aku merenungi
Waktu yang telah pergi
Terasa sungguh jauh sekali
Tak tercapai tangan ini

Dan aku menyedari
Asanya ku sendiri telah melepaskan dikau
Pergi dari hidup ini
Untuk ku melihat kau bahagia, wo-woo

Aku tiada daya
Penuhi segala dari yang engkau pinta kerana
Kerana jalananku penuh dengan liku-liku
Tak seindah kembaramu

Demi kasih yang sejati
Kurela melepaskan dikau pergi
Semoga kau temui segala yang kau cari
Bersamamu, doaku bahgia untukmu

Dan begitulah aku
Masih bersama rindu
Terasa sungguh sepi sekali
Setelah kau tiada lagi

Dan aku menyedari
Asanya ku sendiri telah melepaskan dikau
Pergi dari hidup ini
Untuk ku melihat kau bahagia, ho-woo

Aku tiada daya
Penuhi segala dari yang engkau pinta kerana
Kerana jalananku penuh dengan liku-liku
Tak seindah kembaramu

Demi kasih yang sejati
Kurela melepaskan dikau pergi
Semoga kau temui segala yang kau cari
Bersamamu, doaku bahgia untukmu, wo-woo



Credits
Writer(s): Darwish
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link