Ku Idamkan Rindu

Keegoanmu makin tak tertahan
Makin tak terbendung, makin tak terluah
Kerana ngerinya aku pun terluka
Oleh amarahmu, sering salah sangka

Kesilapanku asyik kelihatan
Asyik kedengaran, asyik kauulangkan
Sehingga pedihnya cinta yang membara
Namun masih aku pertahankan

Untuk hidup bersamamu kuimpikan bahagia
Untuk hidup bersamamu kuidam rindu setia
Sebaiknya kasih sayang kita gemerlapkan di dalam jiwa
Sebelum menjadi lautan bara

Kasih sayang, rindu, dendam
Suburkanlah dalam taman hati
Kembalikan nuranimu
Yang bintangnya milik aku

Untuk hidup bersamamu kuimpikan bahagia
Untuk hidup bersamamu kuidam rindu setia
Sebaiknya kasih sayang kita gemerlapkan di dalam jiwa
Sebelum menjadi lautan bara

Kasih sayang, rindu, dendam
Suburkanlah dalam taman hati
Kembalikan nuranimu
Yang bintangnya milik aku

Kesilapanku asyik kelihatan
Asyik kedengaran, asyik kauulangkan
Sehingga pedihnya cinta yang membara
Namun masih aku pertahankan
Keranamu



Credits
Writer(s): Baiduri
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link