Kasih Terbahagi Dua

berat hatiku melepaskan mu
kerana kau istimewa bagiku
tapi terpaksa jua ku buat keputusan
demi menyelamatkan keadaan

rupanya kau telah pun berpunya
aku adalah kasih yg kedua
amat mencintaimu sepenuhnya jiwaku
sesungguhnya ku jua terluka

andainya ia tak rela terima hakikatnya
kini kasihmu terbahagi dua
bagaimanakah kita melayar bahtera cinta
andai kau tak mungkin kan saksama

tak sanggup ku runtuhkan sebuah istana
demi mahligai cinta kita
biarlah ia rebah besama sendu dan redha
walau cerucuknya teguh dijiwa

biarlah aku mengundur diri
dari kemelut cinta sebegini
maafkan la aku kekasih
leraikanlah ikatan ini

andainya ia tak rela terima hakikatnya
kini kasihmu terbahagi dua
bagaimanakah kita melayar bahtera cinta
andai kau tak mungkin kan saksama

tak sanggup ku runtuhkan sebuah istana
demi mahligai cinta kita
biarlah ia rebah bersama sendu dan redha
walau cerucuknya teguh dijiwa

biarlah aku mengundur diri
dari kemelut cinta sebegini
maafkanlah aku kekasih
leraikanlah ikatan ini

maafkanlah aku kekasih
bebaskanlah cinta ini .



Credits
Writer(s): Rozman Abas
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link