Terakhir

Mengapakah kita selalu berjauh hati?
Selalu sendiri dan terasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi?
Berat bagiku, berat bagiku

Apakah salahku kau buatku begini?
Selalu sendiri, tinggal sendiri
Cinta yang ku pinta, kau balas dengan dusta
Berat bagiku

Melepaskanmu
Bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidurku tak lena mengenangkanmu

Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku ini

Oh Tuhan, ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku, insan kerdil ini
Oh Tuhan, noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia, dia terakhir buatku
Hu-wo-wo-ooh

(Oh Tuhan, ku mahu yang terbaik)
(Oh Tuhan, noktahkan kehilangan ini)

Hoo, melepaskanmu
Bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidurku tak lena mengenangkanmu

Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku ini

Oh Tuhan, ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku, insan kerdil ini
Oh Tuhan, noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia, dia terakhir buatku
Dan buat dirinya



Credits
Writer(s): Rinkarnaen, Sirkhan
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link