Mati Hidup Semula

Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerna kumengerti aku insan hina
Tapi dengar apa kukatakan
Untuk pedoman di hari muka

Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kini kurasa dihidupkan kembali
Walau peritnya setengah mati

Baru kukenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ibu ayah adik abang
Kerana dulu fikiran melayang

Jalan nak kulalu masih panjang
Akan kurempuh hari mendatang
Kepadaku berilah perangsang
Agar kejayaan dapat kujulang

Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit di dada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa

Salah kulakukan meruntuhkan nama
Kerna perbuatan mengikut rasa
Namun kubersyukur pada Yang Esa
Setelah mati kuhidup semula



Credits
Writer(s): Hashim Bin Said Pka S Atan
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link