Senandung Hari Raya Untukmu

Kusenandungkan lagu untukmu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu

Maafkan daku kerana tak dapat bersamamu, sayang
Di Hari Raya, hari yang bahagia
Kerana tugas pada negara
Dan semoga kekal sejahtera

Kuharap dikau gembira
Oh, di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Kuucapkan, "Selamat Hari Raya"

Dengarlah, sayang, lagu untukmu pengganti diriku
Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana Hari Raya
Terimalah dengan rasa bangga

Maafkan daku kerana tak dapat bersamamu, sayang
Di Hari Raya, hari yang bahagia
Kerana tugas pada negara
Dan semoga kekal sejahtera

Kuharap dikau gembira
Oh, di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Kuucapkan, "Selamat Hari Raya"

Dengarlah, sayang, lagu untukmu pengganti diriku
Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana Hari Raya
Terimalah dengan rasa bangga



Credits
Writer(s): Syed Mohd Amind Syed Hashim, Mohd Fauzi Darus
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link