HiMalaya (feat. Yang Ariff)

ilustrasi minda beraksi
bila jari jemari menari di atas kekunci
menguji emcee gaya basi
mintak kaki tangan bergerak
untuk masa depan lebih cerah
flow seakan getah
tapi tak boleh kunyah
pemboleh ubah buat kesimpulan
inferens dijadikan reference
berlari on track tanpa New Balance
mana budak ni punya parents?
cerita kurang gebang
cuba tenang
lagi komikal dari Ujang
akal kekal tunjang
tapi bodoh tetap diulang
kau punya gaya boleh dikatakan kurang

Kemarau kontang ke arah songsang
Jalan Bongkak dengan bongkah yang terbongkar
Vladivostok ke Broga kau boneka kronik komika sinis
Seniman jalanan mati digilis
bergaul limau nipis,
peluang tipis malu ditepis maju dihiris
Fulus finish lalu dihunuskan pengurusan
lepas habis dikuruskan poket
bila cuba topup credit jalur lebar
tuk tampung rima bersepah berjela
Tanah kejadian kematian musuh seribu ekar
Aku petah berpuitis dari Vesta naik Vespa
Hentakan petala langit lebih seminggu berpesta satu semesta
Pecahkan arus itu harus aku putuskan
Semua jurusan dipergurukan turun peruntukan
Aku tutupkan
Satu lagi jilid dalam sejarah yang berulang tayang bertulang bayang
Kuludah sudah kubunuh sudah kuburkan sudah kebulur punah
Bercurah idea bila bersuara tapi mudah aja

tampak siapa juara siapa kura, pura, tuba, purba,

tabik hormat saja sudah

Selama ini selami isi hati
apa yang aku cakap
apa yang aku tangkap
tinggalkan rangkap untuk korang serap masuk kedalam minda
cara aku bagi dengan gaya kau yang mintak
tanda aku bagi tapi tanganku yang hinggap
kebetulan kepala biul kalau tak silap
kesimpulan kasi habis kalau kau tak siap
kalau nak riak patah tangan kau teriak

berulang kali kau aku terus bahagi kepada dua

kepala luka separa tua
serata tanah rata mata memerhati bata

terbuka luka merana ke muka bumi tak bercelana
takda makna jadi semua takkan kemana

Susah dikesan,
malam hitam kelawar menyelam,
ular sawa lawan sebenar,
kawan sebentar,
salah mengenal,
cara yang buas,
parah mengucap,
salam menyembah,
cinta dia, luas terbentang,
ruang angkasa, semua berjasa,
jisim dan zarah, isi di dada,
intim diarah, sini ke jarak,
matahari sampai padam cahaya,
keluar sarang bersayap,
pedang hati bahaya,
jalan sini berbayar,
cukai jiwa seksama,
cubi uji seayat,
curi bunyi ke kaset,
kasi jual kesemua,

agar dapat menyuap,
jiwa minda semula kembali fakir,

menggali kubur emcee bertahun sudah,
meludah sungai yang surut,
lebih baik melutut,

ikan todak kemulut,
hantar kilat dan guruh,
sila tepuk gemuruh.

terbang tinggi lebih altitud hilang ke lautan
musuh bertaburan salah teknik percaturan
pertarungan diatur tanpa peraturan
pergadaian maruah dijadikan pertaruhan
ini lawak kesatuan masuk air keluar asap
jerebu pemandangan mula kabur pastu malap
rap macam ubat mujarab
runtuh atap ranap, bergunung daki nak sampai ke ini tahap
sila kaji struktur binaan utuh rima yang gugur dari mulut
mari rujuk terpampar hamparan gambaran dari pelbagai sudut
asal tapak pegang kukuh
konsep asas konkrit tak akan runtuh
sungguh, ruang ruang lirik langgar undang undang fizik
himpunan rangkap kumpulan orang orang mistik
antiseptik menyuntik se dalam imaginasi
seni jampi tuk sakit hati



Credits
Writer(s): Michael Schenk, Kristin King, Christopher Spoltore, Charlie Woodburn
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link