Zapin Berperi

Tuai padi selepas musim hujan
Untung berguni berat tak tertahan
Cuai hati terlepas nasib badan
Menanggung rugi pahit yang ditelan

Ada rupa orang tidak berkenan
Ada kasih orang tidak terbeli
Apa guna siang menunggu bulan
Yang pasti terbit di malam hari

Apa maksud rintihan kau dendangkan
Apa malang yang telah menimpamu
Kalau jodohmu belum kesampaian
Menangis setahun belum tentu

Kalau lelaki tunjukkan lelaki
Janganlah kau rindu asyik berperi
Menyalahkan diri hilang rezeki
Tunjukkan hidupmu berdikari

Bagaikan terdengar guruh dilangit
Tersentak hati mendengar suara
Itu baru ku tegur sedikit
Rasa berdetak di jantung hati
Di jiwa raga

Mari kita sama-sama mengenal
Hati budi tutur kata setia
Jujur kata sama-sama beramal
Mencari syahdu kasih ceria

Kalau lelaki tunjukkan lelaki
Janganlah kau rindu asyik berperi
Menyalahkan diri hilang rezeki
Tunjukkan hidupmu berdikari

Bagaikan terdengar guruh dilangit
Tersentak hati mendengar suara
Itu baru ku tegur sedikit
Rasa berdetak di jantung hati
Di jiwa raga

Mari kita sama-sama mengenal
Hati budi tutur kata setia
Jujur kata sama-sama beramal
Mencari syahdu kasih ceria
Mencari syahdu kasih ceria
Mencari syahdu kasih ceria
Mencari syahdu kasih ceria



Credits
Writer(s): Ramli Bin Sarip, Mohd Hakim Bin Lokman
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link