Hanya Menari

Jangan salah sangka
Sememang kumanusia biasa
Ku santai sahaja
Menerima segala yang ada

Mengapa bila bertentang mata
Rasanya bersalah
Bagai dah berlaku jenayah yang besar
Dia tak perlu tahu rahsia kau dan aku
Jika di tanya ini jawapanku

Kami hanya menari
Goyang kanan dan kiri
Hanya menari
Bukan jatuh hati

Jangan kau ubah fikiran
Sesungguhnya niatku suci
Tuk jadi seorang teman
Namun rasa diriku di uji

Mengapa bila kita bertiga kujadi cemburu
Rasa di curi oh hak milikku
Kau tak perlu tahu isi hatiku
Jika tuk penting ini alasanku

Kami hanya menari
Goyang kanan dan kiri
Hanya menari
Bukan jatuh hati

Alam keliling pun membisu
Risau tertulis di bibirmu
Rahsia tersimpan hingga akhir hayatku
Tidak seorang pun yang tahu

Mengapa bila tidak bertemu aku jadi rindu
Bagaimana pula dengan dirimu
Satu hari nanti terbongkar cerita
Jangan kau lupa rencana kita

Kami hanya menari
Goyang kanan dan kiri
Hanya menari
Belum jatuh hati

Kami hanya menari
Goyang badan dan kaki
Hanya menari
Belum jatuh hati

Bukan jatuh hati



Credits
Writer(s): Imran Ahmad Husaini Ajmain, Taufik Batisah
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link