Kisah Hati Yang Sejahtera

Satu hari, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam duduk bersama-sama para sahabat
Baginda beritahu
"Kejap lagi ada satu orang lagi ahli syurga akan masuk duduk dengan kita"
Para sahabat pun ternanti-nanti
"Siapalah orang tu?"
Tiba-tiba, masuk satu orang sahabat
Dalam hati kecil mereka
"La, orang ni kita kenal, bukan orang yang luar biasa"

Saidina Abdullah bin Amru Radiallahu 'Anhu rasa tertanya-tanya
Nak sangat tahu, rasa teruja apa kelebihan sahabat tu
Lalu dia pergi bertemunya
"Minta izin boleh tak aku nak jadi tetamu kau?"

Abdullah menjadi tetamu kepada sahabat tadi tu selama tiga hari
Dia perhatikan, dia tengok, dia usha
"Apa dia kelebihan sahabat ni?"
Tapi, tak ada apa pun perkara luar biasa yang dilihatnya
Tidaklah terlalu banyak solat sunatnya atau puasa sunatnya, tidak ada luar biasa
Abdullah bin Amru bertambah rasa pelik
"Apa hal? Macam mana sahabat tadi ni boleh dijanjikan syurga oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam?"

Lalu dia pun terus bertanya sendiri pada sahabat tu
"Apa amalan kau yang lain daripada yang lain sampai Nabi janjikan syurga pada kau?"
Sahabat tu jawab
"Ahh, tak ada apa pun
Apa yang kau tengok tu, itu sahaja lah amalan aku
Cuma, aku bila tengok Allah Ta'ala bagi sesuatu kebaikan pada orang lain
Aku tak pernah ada rasa dengki, geram atau busuk hati"
Hatinya sentiasa sejahtera

Benarlah, hati yang sejahtera
Allah Assalam Maha Sejahtera
Akan letakkan tempatnya di syurga sejahtera Darrusalam



Credits
Writer(s): Traditional
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link