Sujud

(Ho-oh-oh-oh-oh)
Ho-oh-oh-oh-oh-ho-oh (ho-oh-oh-oh-oh)

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rekah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia sahaja menentu
Kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satu pun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satu pun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur, di saat kumurung
Kumuzikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur, harapan yang dah terkubur
Diberi arah untuk teruskan

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rekah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia sahaja menentu
Kita hanya mampu sujud
Hanya mampu sujud

Pernah kulihat mereka yang hilang segalanya
Insan yang tersayang atau harta benda
Pancaroba, bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan (ho-oh-oh)
Haruslah aku bilang apa yang telah dikurnia (oh-oh-oh-ho-oh)
Barangkali esok semua berubah

Jangan kita melupakan-Nya
Ketika langit cerah bersinar
Dan jangan kita melupakan-Nya
Ketika langit mendung tak bercahaya

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rekah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia sahaja menentu
Kita hanya mampu sujud
Hanya mampu sujud
Kita hanya mampu sujud

Jangan kita melupakan-Nya
Ketika langit cerah bersinar
Dan jangan kita melupakan-Nya
Ketika langit mendung tak bercahaya (sujud)



Credits
Writer(s): Edry Abdul Halim
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link