Janjimu Ku Kenang

Garis yang melintang di antara kita
Ciptaan manusia
Taraf kedudukan menjadi sempadan
Sering memisahkan

Lalu 'ku menyambut cabaran dan pergi
Berbekalkan janjimu
Susah dan senang rela engkau menanti
'Kan kepulanganku

Langkahku terhenti
Setiba di sini
Jarak dan waktu
Mengubah hatimu

Kata mereka kau kini telah berdua
Hidup berbahagia
Pada kejayaan yang kubawa pulang
Janjimu kukenang

Langkahku terhenti
Setiba di sini
Jarak dan waktu
Mengubah hatimu

Kata mereka kau kini telah berdua
Hidup berbahagia
Pada kejayaan yang kubawa pulang
Janjimu kukenang
Janjimu kukenang



Credits
Writer(s): Adnan Abu Hassan, Habsah Hassan
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link