Di Depan Mata

Hey gadis
Kini kurasa keajaiban cintamu
Oh yeah
Tak kuduga disebalik bual mesra
Seorang gadis memendam rasa cinta
Walaupun sudah sekian lama
Kini kusedar dia yang teristimewa

Perkenalan kami bermula di alam remaja
Di mana 'ku dan dirinya hanya teman biasa
Kami bersama harungi segala suka duka
Kusentiasa memerlukan dirinya
Sesekali aku tertenung ke arah matanya
Dan seolahnya tersimpanlah sebuah rahsia
Rahsia yang terpendam untuk sekian lama
Apakah sebenarnya erti renung matanya?

Walau tak pernah kumengerti sindiran hatinya
Namun di hatiku dirinya tetap istimewa
Bagai pelita menerangi laluan hidupku
Dia menjadi sumber inspirasiku
Di antara gadis jelita walaupun beribu
Hanya dia sahaja yang memahami hatiku
Kini jelaslah sudah dialah yang kutunggu
Gadis pilihanku, pujaanku

Sesungguhnya sekian lama
Kucari cinta sedunia
Rupanya gadis idamanku
Selamanya ini berada
Di depan mata

Yeah, oh kasih!
Sememangnya sudah berkali 'ku dilamun cinta
Namun tak pernah kutemu yang sehati sejiwa
Dan selalunya bersudah dengan hatiku luka
Kau membawa kembali sinar surya
Di antara gadis jelita walaupun beribu
Kau bagaikan permata yang menghiasi hidupku
Kini jelaslah sudah dikaulah yang kutunggu
Gadis pilihanku, pujaanku
Hatiku milikmu

Sesungguhnya sekian lama
Kucari cinta sedunia
Rupanya gadis idamanku
Selamanya ini berada
Di depan mata
Kini kusedar

Hey gadis!
Maafkanlah 'ku kerana kabur pandanganku
Kutahu betapa besarnya pengorbananmu selama ini
Lihatlah mataku
Kerna aku cinta padamu

Sesungguhnya sekian lama
Kucari cinta sedunia
Rupanya gadis idamanku
Selamanya ini berada
Di depan mata

Di depan mata, ha



Credits
Writer(s): Yusry Abdul Halim, Norman Abdul Halim
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link