Pisau Cukur (Tak Tahu)

Aku tak tahu apa yang terjadi
Aku tak tahu (what?)

Mudah untuk kau katakan
Cukup mudah untuk kau tinggalkan
Dulu romantis mula jadi tragis
Pedih sedih pendam curi-curi nangis
Air mata habis tak salahkan gadis
Sedar poket dia perkering habis

Akibat tak nak berjimat cermat
Akibat terlebih minat dekat dia sangat (what?)
Tak dengar kata, apa boleh buat?
Cuba kutelan tapi masih kelat
Dulunya manis ibarat coklat
Dibuat lupa tapi masih ingat

Semua pakai masam memang sangat lambat
Harap dirinya masih tetap sihat
Dan aku tekak berkebual darat (listen)
Buaya banyak masalah (hihihihihi!)

Banyak muslihat tak dapat nak lihat
Harap ramai sangat orang tolong untuk beringat
Sedar tak sedar, lama dah bersabar
Jangan sampai muka cantik yang diburuk di khabar

Kini kutrauma dengan drama
Dan juga fobia dan sebik
Nama dia bukan Sofia, Mama Mia, apa dia
Itu dia, ada apa dengan cinta?

Aku tak tahu apa yang terjadi
Aku tak tahu (duitku habis dikikis)
Aku tak tahu apa yang terjadi
Aku tak tahu (semua hartaku dia skam habis)

Cantik jelita dari luar negara
Half-Melayu, bahasa tak berapa tera
Tapi pandai cakap Melayu bila nak handbag baru
Bila nak henfon baru, semua nak yang baru-baru
Got that good lookin', smokin'
Sekali jeling boleh buat ramai terpelanting
She be stealing all your belongings
Smooth criminal, she be pickpocketing everything

Cash or credit, she takes it
Asalkan dia dapat all the things she want
Dolar atau ringgit bukit-bukit selagi matahari terbit
Semuanya sudah lari bajet
Duit tu pun asyik nak keluar poket
Itu nak, ini nak, semua dah ada tapi masih nak-nak-nak-nak jugak (haisy)

Bukannya I berkira tapi buat apa?
Dah agak you kedekut, kita break jelah! (Hah?)
Setakat tumit tinggi stileto
Kat sini sana mana-mana pun berterabur
Harap muka cantik je, doh
Tapi perangai you macam ho-ho-ho... (what did you just call me?)
...Doh, cantik je lebih (you're such an -hole!)

Aku tak tahu apa yang terjadi
Aku tak tahu (duitku habis dikikis)
Aku tak tahu apa yang terjadi
Aku tak tahu (semua hartaku dia sapu habis)

Dulu katanya cinta, sekarang aku derita
Marga je hilang dia lari pi ke orang kaya
Katanya hamba tergolong dalam golongan yang hina
Semua dia minta tidak kuberinya, hei (cash me outside, how 'bout that?) What?

Mula-mula bila dilamun cinta
Kamu kata sanggup lalu apa saja
Tapi bila gajiku cukup-cukup aja
Terus aku resah aku insomnia
Habis aku hilang dari mata dunia
Semua yang dilakukan jadi sia-sia
Jasad dunia aku turut dihindarinya
Dia lupa, amnesia

Baik kau mengaku dari kau mengampu
Yang kamu tinggalkan ku sebab ku tak mampu
Alasan merapu ingat aku tak tahu
It's just another case "sebab aku tak mahu"
Segala harapanku kaubakar hangus
Sampaikan simpananku semua sudah haus
Bajet muka lawa ingat kau dah bagus?
Dahlah badan besar macam ikan paus

Ini cerita satu ketika tak lama dahulu
Tentang wanita-wanita di dalam hidupku
Apa saja hartaku semuanya diseluk saku
Katanya cinta tapi rupanya dia menipu
Ini cerita satu ketika tak lama dahulu
Tentang wanita-wanita di dalam hidupku
Apa saja hartaku semuanya diseluk saku
Katanya cinta tapi rupanya dia menipu

Aku tak tahu apa yang terjadi
Aku tak tahu (duitku habis dikikis)
Aku tak tahu apa yang terjadi
Aku tak tahu (semua hartaku dia sapu habis)

Pulangkan kembali semua duit kami
Tak ingin kau kembali
Cuma mahu duit kami
Pulangkan duit-duit kami!

Tak
Buat apa nak bercinta dengan orang miskin kalau boleh bercinta dengan orang kaya?



Credits
Writer(s): Inconnu Compositeur Auteur, Bin Sabaruddin Farid, . Micwrecka, Ashtin Ashtin
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link