Di Sini Buat Pertama Kali

Sempurnakah hidupku ini?
Tak pernah kasih sayang dikecapi.
Kerana sentiasa bimbang akan terluka
Berlalu usia begitu saja

Satu demi satu kejayaan
Kuperolehi dalam kehidupan
Tetapi mengapakah tak merasa bahagia?
Kekosongan ini makin menyeksa

Oh, di sini, oh, di sini buat pertama kali
Ku merasakan kehadiran meninggalkan kesan
Oh, di sini kau di sisi sudut hati yang sepi
Kian terisi dengan kasih melengkapi diri, ooh

Dua dunia yang berbeza
Telah bertemu atas nama cinta
Suratan menentukan
Ajal dan pertalian
Diri ini pasrah pada-Mu Tuhan

Andainya telah ditentukan
Di akhir pertemuan perpisahan
Biarlah aku rela
Mengalami segala
Untuk kufahami erti kecewa

Oh, di sini, oh, di sini buat pertama kali
Ku merasakan kehadiran meninggalkan kesan
Oh, di sini kau di sisi sudut hati yang sepi
Kian terisi dengan kasih melengkapi diri

Kasih, ku abadi di sini, di sisi, sudut hati yang sepi
Kian terisi dengan kasih melengkapi diri, ooh



Credits
Writer(s): Bte Hassan Habsah, Adnan Abu Hassan, Azman Bin Abu Hassan
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link