Kata Juang

Ha-aah-aah
Ah-ha-ha-ha-ha-ha-ha-ha-ha-ha-ha

Dan bacalah, zikirlah, penamat hampir tiba
Laungkan kata juang yang sering kau bahaskan
Mentera bermata terang bagai pelita
Mengibar panji-panji sakti yang abadi

Di dalam gua Hira bermulalah segalanya
Kalimah sudah diterima, mampukah dilaksana?
Dunia pantas berubah-ubah, teori kalut dibangga-bangga
Seperti virus merosak minda, mampukah kita berjaya?

Buka mata, buka telinga, buka hati, buka jiwa
Luas akal, luas minda, manis tutur, manis kata
Jangan lalai jaga-jaga, fitnah semakin berleluasa
Janganlah leka, ayuh bacalah, kita bina iman kita semula

Dan bacalah, zikirlah, penamat hampir tiba
Laungkan kata juang yang sering kau bahaskan
Mentera bermata terang bagai pelita
Mengibar panji-panji sakti yang abadi

Bila mentari sudah di atas kepala
Yang beriman tenang, yang leka akan membara
Yang menanti jadi tanda tanya
Kita ke syurga ataupun neraka

Seberapa banyak harta dunia pun tiada guna
Kerana kita semuanya sama
Ini janji Tuhan pada manusia
Dunia musnah, kiamat pun tiba

Bila sangkakala kedua ditiup (ditiup)
Hidup kembali, kita tanpa bertutup (bertutup)
Syurga neraka diberikan bayangan
Ada tersenyum, ada yang juga ketakutan

Syafaat Rasul jadi harapan
Adakah layak ataupun hanya angan?
Luasnya mahsyar manusia berhimpun
Menanti setiap amalan dihitung

Tidak menerjah gundah apatah lagi pasrah
Berpaksi realiti bukan hanya ilusi
Kembali bukan mudah, alif ba ta di dada
Bersujud, bersujud, bersujud pada Dia

Bacalah, zikirlah, tatkala beruzlah
Introspeksi diri, berpaksi realiti
Rentaplah, runtunlah jiwamu yang sangsi
Agar tidak tersimpul mati

Dan membacalah, zikirlah, penamat hampir tiba
Laungkan kata juang yang sering kau bahaskan
Mentera bermata terang bagai pelita
Mengibar panji-panji sakti yang abadi



Credits
Writer(s): Razy, Daly
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link