Takkan Lupa

Lemaskan aku dalam khayalan
Sesak dan kekusutan
Belenggu difikiran
Aku lelah, aku lemah

Mungkin rebah dikalangan
Manusia bertopengan
Kejar cari cahaya terang
Tapi kegelapan

Singgah cari kelemahan
Aku tak mahu lagi hidup susah
Aku nak anak aku hidup senang
Memang itu aku punya sumpah
Memang aku seorang ayah
Senang cakap memang tak mudah
Hidup dalam dunia kejam
Yang sakitnya bak direjam
Dan aku cuba cari jalan pulang
Tapi ternyata adanya penghalang
Digari kaki dan tangan aku
Ku cuba lari but aku tetap lagi disitu

Aku mencari aku
Aku mencari engkau
Aku mencari sang sahabat
Dalam tubuh aku

No-whoa
Kadangkala ku keliru
Simpang mana ada hantu
Mungkin waktu sangka kala itu
Berbunyi ku baru jumpa pintu
Kadangkala ku rasa tertipu
Jadi ku pinta tunjukkan jalan aku

Oh Tuhan
Tunjukkan aku jalan yang aku cari
Oh Tuhan
Tunjukkan aku jalan yang aku cari
Moga ku takkan lupa (takkan lupa)
Takkan lupa diri
Moga ku takkan lupa (takkan lupa)
Takkan lupa diri

Aku selalu hati-hati tika berjalan
Takut-takut depan ada maut
Tidak hanya rapuh aku berpaut
Wajah yang cantik
Tidak akan nampak parut
Mana mungkin hilang
Walaupun bertopengan
Kan ku endahkan apa mereka bilang
Itu mungkin hanya dongengan

Ayy, jadi apa aku perlu lakukan
Untuk pulang bebas dari hukuman
Memang benar sudah ada jalan
Tapi jalan yang ada sangat merungsingkan
Itu buat aku jadi gila
Rasa sangat sakit
Perlu pain killer
Entah sampai bila
Sakit ku berhenti
Mungkin pada dia
Ada jawapan ku cari
Jadi ku teruskan langkah
Untuk tuju ke pintu

Ayy, tapi benarkan ia nya
Berlangkah pintu tempat yang aku tuju?
Ayy, atau hanya khayalan
Cuba main dengan fikiran
Minda ku berpusing
Aku semakin buta
Banyak spekulasi
Semakin ku rasa hina

Ayy, ayy
No-whoa
Kadangkala ku keliru
Simpang mana ada hantu
Mungkin waktu sangka kala itu
Berbunyi ku baru jumpa pintu
Kadangkala ku rasa tertipu
Jadi ku pinta tunjukkan jalan aku

Oh Tuhan
Tunjukkan aku jalan yang aku cari
Oh Tuhan
Tunjukkan aku jalan yang aku cari
Moga ku takkan lupa (takkan lupa)
Takkan lupa diri
Moga ku takkan lupa (takkan lupa)
Takkan lupa diri



Credits
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link