Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa sahaja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua 'kan berkorban

Tetapi baru kusedari (sedari)
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Di Aidilfitri (Di Aidilfitri)
Di Aidilfitri (Di Aidilfitri)



Credits
Writer(s): Abu Bakar B Md Yatim
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link