Terima Kasih

Untuk ibu tercinta, lagu ini ku cipta
Bukan sekadar lagu lagu yang penuh makna
Ku tulis dari hati untuk semua fahami
Bahawa ibuku ini adalah bidadari

Seorang wanita yang selalu berada disisi
Sembilan bulan tersiksa kerana dia berisi
Kini ku disini, sudah semakin matang
Dia tetap dibelakang menyokong bagai tulang

Dimana ku berada, ku selalu doakannya
Ku takkan henti menyayangi buat selamanya
Dia bawa ku kedunia meneroka semesta
Mengajarku agama, menjaga ku sentiasa

Yang menatang ku bagai minyak yang melimpah
Yang membawa sinaran suria bila ku duka
Pengorbanan seorang ibu tak dapat ku bayangkan
Dari kecil hingga besar aku disuap makan

Tak dapatku bayangkan bila ibu da tiada
Bolehkah aku hidup bernafas dengan legah
Tak dapat ku luahkan segala perasaan didadah
Kerna kehadiran ibu memang bermakna

Terima kasih atas pengorbanan mu
Lagu ku cipta untuk mendendangkanmu
Aku berjanji akan menyayang mu
Terima kasih atas kesemuanya ibu

Ku bersyukur atas pemberian tuhan padaku
Hidupku diterangi seorang digelar ibu
Tanpa dia dan ayah, ku takkan lihat dunia
Sememangnya sangat bangga digelar anak mereka

Mereka bekerja malam pagi hanya tuk memberi
Kepuasan dalam hidup anak yang disayangi
Dan memang ku akui ku tidak pernah sedar
Bahawa ibu adalah idola aku sebenar

Walaupun diberi seribu tahun belum tentu
Aku dapat membalas jasah ibu pada aku
Di atas garisan khatulistiwa aku
Berjanji cinta kita tak akan rapuh

Ibulah ratu aku ibu permata hati
Tanpa ibu disisi hilanglah definasi
Pengorbananmu ibu seluas bumi
Tiada lagi tutur kata untuk aku beri

Maafkan daku jika ku tersilap kata
Terima kasih atas segala-galanya
Dan akhir kata salam sayang dari seorang anakmu
Salam sayang dalam lagu

Terima kasih atas pengorbanan mu
Lagu ku cipta untuk mendendangkanmu
Aku berjanji akan menyayang mu
Terima kasih atas kesemuanya ibu



Credits
Writer(s): Far
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link