Si Pendosa

Hasad dengki
Roda hidup terus berputar
Kabur mata memandang
Mengejar bayang-bayang
Seiring detik waktu
Lalu jalan berliku

Dalam gelap dalam gelita
Berjalan terus hingga bertemu cahaya
Takkan berhenti selagi percaya
Kerna suatu hari pasti berjumpa

Bila musim berganti
Biar gelap biar terang
Gerak hati berani
Takkan pernah kutinggal perang

Aku celik sedar
Melihat dunia yang tua pudar

Mengapa masih buta?
Itu bukan jalannya
Bila semua terjatuh
Masih, masih belum terlewat
Mengapa, mengapa masih dusta?
Itu bukan jawabnya

Buka mata
Lihat semua-ua
Jangan biar terjatuh
Sebelum ia terlewat

Jangan biar terjatuh, yeah
Sebelum ia terlewat

Gadai nyawaku di sini
Walau hidup tidak berarti
Tetap ku berdiri

Dengan caraku yang satu
Kau tinggalkan aku terkaku
Menuju mati
Takkan goyah pendirianku
Haluanku hanya satu

Walau dengan benci
Aku nyalakan api
Sampai hujung nafas
Tidak aku berhenti
Karna aku percaya
Takkan aku jatuh
Walau apa jua cara
Kerana aku percaya

Takkan aku tewas
Walau seksanya jiwa

Berikan masa
Buat si pendosa
Masih ada ruang buat yang percaya
Waa-aay



Credits
Writer(s): Najmie Des Panik!, Raja Nazmin Shah Raja Azaham, Raja Nazrin Shah Raja Azaham
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link