Buatan Tempatan

Tuju, tunggu dulu
Sebelum melangkah jadi pastikan hala Tuju
Buatan hati-hati tempatan yang satu hati
Gerakkan darah anak seni

Selamat datang ke jalan bantuan terangi diri
Hasil ke mana?
Pergi ke diri bertahan berdiri
Sampai mana?
Sampai aksi mulut borak menyepi
Lihat belakang kiri, kanan jalan lurus
Jangan salah langkah, nyawa tukar fulus

Bila duduk di atas, akal suka menindas
Level-level itu suka main cakap lepas
Yang bawah main kias, buah tangan corak emas
Ini cara jauh dari cara jauh main keras

Ego bertukar fikir, yang pandang atas jatuh bergilir
Buatan mahir, boleh tafsir
Awan mengukir, hormat mengalir
Salut

Wei, ini akal hasil local lah
Wei, gabungan lain macam gila
Bayu dalam masuk, dengan berniat selalu tunduk
Jangan suka pijak orang, takut nanti lain barang goyang
Ni simple

Walau pelat melekat, pekat bila bertutur
Dari pantai barat mahupun pantai timur
Buatan tempatan ingin semuanya terhibur
Bukan macam lagu lain bila dengar terus tidur

Buatan tempatan memang semula jadi
Buatan tempatan seratus peratus memang asli
Buatan tempatan testimoni puas hati
Kalau macam boleh pergi, pasti jadi luas lagi

Inginku skor lagi satu sebelum masuk masa tambahan
Mahu buktikan buatan tempatan juga boleh dapat banyak tempahan
Jadi bahan buatan wartawan, semua berlaku dengan segera
Jika jumpa sebarang kerosakkan, ada waranti untuk selenggara

Dan sementara yang lain masih lagi dalam kepompong
Baru mula untuk belajar teknik pemanasan kerongkong
Percubaan setiap hari untuk naik satu anak tangga
Baca buku laporan prestasi, tersenyum agak bangga

Sampai ada yang mahu jumpa, masa kerja dia sanggup ponteng
Kod pakaian menjolok mata, tunjuk bentuk badan bondeng
Pilih antara dia dengan muzik, masih kekal kekasih kekok
Kalau bergambar dengan wanita lain nanti kena buang hempas tembok

Saksikan sambungan salah silah masih banyak lagi yang belum selesai
Patut sudah terima risalah, setiap orang pun dapat sehelai
Tapi gagal geografi, tidak tahu Sabah pun Malaysia
Kena ingat tinggal atas pokok pakai cawat, apa punya manusia?

Walau pelat melekat, pekat bila bertutur
Dari pantai barat mahupun pantai timur
Buatan tempatan ingin semuanya terhibur
Bukan macam lagu lain bila dengar terus tidur

Buatan tempatan memang semula jadi
Buatan tempatan seratus peratus memang asli
Buatan tempatan testimoni puas hati
Kalau macam boleh pergi, pasti jadi luas lagi

Yaw macam tidak percaya duduk sebangku dengan mereka
Barisan paling bahaya waktu aku zaman sekolah, ee-yaa
Tengok-tengok sana tu, judul lagu baru tu
Julang panji dihujah, rimau ganding berdua

Uu-hm-mm (air) buka mata depan tabir
Uu-hm-mm (see) bukan mahir dari lahir
Uu-hm-mm (yaw) marah gaduh tapi masih hadir
Uu-hm-mm maha tahu itu susun takdir

Celiknya mata dunia nyata, nyaris sahaja pancaran Gamma
Kata pertama salam bahtera, setelah terjemah L.H muzika
Diri ni kosong, tidak membong, gelang dan kalung mula di sarung
Jangan bertarung di satu bumbung, kalah dan menang mula di pantun

Jangan main-main dengan legacy-legacy ni
Yang buatan tempatan lagi, lagi lagi di sini
Mana? Mana-manalah cukuplah sudah
Maka tu terima dengan tangan yang terbuka

Walau pelat melekat, pekat bila bertutur
Dari pantai barat mahupun pantai timur
Buatan tempatan ingin semuanya terhibur
Bukan macam lagu lain bila dengar terus tidur

Buatan tempatan memang semula jadi
Buatan tempatan seratus peratus memang asli
Buatan tempatan testimoni puas hati
Kalau macam boleh pergi, pasti jadi luas lagi



Credits
Writer(s): . Benzooloo, Tuju, See Yaw Air, Yi Bin Clinton Liew
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link