Janji

Dengarkan cerita anak angkat raja
Dilantik ketua siapa semua hamba
Dua belas rumah yahud bangsa mereka
Bawakan kami ke tanah merdeka
Dengar cerita dia utusan Yang Esa
Patutnya dibunuh tapi Firaun leka
Terlepas dibesarkan di dalam istana
Penyelamat kita dari hidup merana

Yang konon pembunuh aku sudah tiba
Tak sangka dulu ku timangnya diatas riba
Bagai ahli sihit dia penyilat mata
Aku boleh matikan dia bila-bila masa
Panggil menteri binakan menara setinggi mentari
Aku mahu lihat Tuhan si bodoh ini
Tak nampak pun batang hidung Tuhan yang lembik
Tuhan ku hamba dah lari menteri ku bertepik

Kanan kiri kanan kiri ketanah sendiri yang di janji
Ikut anak angkat raja nabi kami di kejar tenteranya
Jadi kita lari

Kanan kiri kanan kiri kejar dihamba kepunyaan Tuhan kami
Depan ada laut hey mana mahu lari
Tuhan kami akan tewaskan si nabi

Dihentak tongkatnya di atas tanah
Laut terbelah kami redah
Antara dua dinding air kami mencelah
Kepada nabi dan Tuhan-nya kami berserah
Sampai ke seberang kami pandang belakang
Firaun dan tentera mengejar menyerang
Dinding air runtuh mereka kabur kelam
Cuba berenang dipaksa menyelam

Ni yang buat aku meradang
Yang mulanya surut sekarang sudah pasang
Dan tiada pilihan apa boleb buat
Terpaksa aku akui Tuhan-nya lagi hebat

Nyawa mereka terbang
Badan timbul tenggelam
Tombak dan pedang masih di dalam genggam
Kami terus berjalan pagi petang siang malam
Mencari halaman untuk bercucuk tanam

Kanan kiri kanan kiri ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja nabi kami
Kitakan sampai suatu hari nanti

Kanan kiri kanan kiri ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja nabi kami
Kitakan sampai suatu hari nanti

Kita dijanjikan pembalasan Ar Rahman
40 tahun dalam perjalanan
Menuju cahaya dipimpin Nabi Musa
Mebelah lautan dengan tongkatnya
Firaun yang tenggelam menghuni jahanam
Yang karam bersama kesumat dan dendam
Raja yang bertakhta karam tanpa berita

Kiri kanan kiri ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja nabi kami
Kitakan sampai suatu hari nanti

Kanan kiri kanan kiri ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja nabi kami
Kitakan sampai suatu hari nanti



Credits
Writer(s): . Altimet, Terry Salim, Ahmad Kemat Khair, Bin Amdan Muhammad Anas
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link