Membawa Hati

A'basa Watawallah
Dengan aku dengan Kamu
Kelakuanmu Kesilapanku
Aku malu
Dengan tingkah laku bangsaku
Ditanya soalan Bahasa baku
Semua kaku, termasuk aku
Fikiran diri sendiri, aku berdiri
Dengan malaikat kanan kiri
Depan belakang, Dia berada sana sini
Semua dicatat dan dilihat
Cara-cara ciri-ciri
Ramai ikot Adat yg melanggar agama
Walaupun tak sama, Fikiran orang Muda
Orang lama, semua Karma
Fikiran tak tahan lama
Makan timah untuk ulat jama
Jadi Rama-Rama
Ikot agama tapi mahu ikot fashion Baru
Tidak Salah
Tapi awak jugak perlu tau
Berpada-padalah kepada
Apa-apa awak mahu
Awak Style
Pakai kain kaffan gucci warna biru

Ku mencoba, tuk fahami, semua kisah
Di hadapi Mu. Kini Rindu Kan Mu
Ku tergoda, tuk terima, segalanya
Membawa Hati, Kini Rindu Kan Mu

Lidah bercabang
Kita mendengar kata Ijajil
Memang mustahil
Tidak dipengaruh Azazil
Dia Penderma atau Dia Bakhil
Kita Buta Jahil
Dengan orang-orang Kitab Injil
Intuisi serasi pada puisi gergasi
Perminat Tak melihat
Definasi Situasi, Semua fantasi
Disanjung Bagai Mawlana
Entah kemana sini sana
Di mata saujana
Susah mencari seniman sejati
Ku bersyukur dapat Menonton
Kerjaya P.Ramlee
Walaupun ku Mencari
Tentang isu Dicaci
Bila tiada Baru Saja
Dapat pampasan hati
Impian si seniman
Dirosaki sekian
Disekat Dan diikat
Hati jatuh kemiskinan
Kerintihan
Kepada Semua Bangsa Melayu
Harap Kita belajar
Dari Silap Silap orang dulu

Ku mencoba, tuk fahami, semua kisah
Di hadapi Mu. Kini Rindu Kan Mu
Ku tergoda, tuk terima, segalanya
Membawa Hati, Kini Rindu Kan Mu



Credits
Writer(s): Muhammad Huraira
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link