Pelita Kecil (Terang Semesta)

Menyingkap langit purbakala
Menjenguk hati manusia
Adakah kita serupa
Ataupun jauh berbeza?

Adakah cinta dahulu
Semurni alam yang baru?
Mungkin kini bumi kita
Mencemari jiwa

Pelita kecil
Nyalalah di sudut hati
Semoga terang semesta ini
Dah terlihat ku mencinta

Mengukur jarak dunia
Bercanda dan bersengketa
Bina kerana cinta
Akhirnya musnah kerana cinta

Butakah kita?

Menyelongkah mimpi
Cari dalam cari
Kasih yang abadi

Pelita kecilku
Terangilah malam
Bawalah ke pulang
Ke dalam cintamu

Pelita kecil
Nyalalah di sudut hati
Semoga terang semesta ini
Dah terlihat ku mencinta

Mengukur jarak dunia
Bercanda dan bersengketa
Bina kerana cinta
Akhirnya musnah kerana cinta

Butakah kita?



Credits
Writer(s): S.amin Shahab
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link