Salam Aidil Fitri

Jauhnya ku terkenang
Terbayang masa silam
Hidup di perantauan, rindu pendam

Rasa memang mahu pulang
Sabar menanti bulan
Yang mulia Ramadan, penghapus dosa

Sebulan berpuasa
Kini Syawal menjelma
Takbir sahut-sahutan, bergema raya

Yang jauh, disambut pulang
Dekat, berkunjung datang
Maaf sayang, abang mungkin lambat pulang

Selamat menyambut
من العائدين والفائزين
Selamat dan salam
Ampun maaf zahir batin

Indah Syawal mulia
Semua insan gembira
Selamat Hari Raya Aidilfitri
من العائدين والفائزين

Selamat menyambut
من العائدين والفائزين
Selamat dan salam
Ampun maaf zahir batin

Indah Syawal mulia
Semua insan gembira
Selamat Hari Raya Aidilfitri
من العائدين والفائزين



Credits
Writer(s): Harry, . Yabang
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link