Anak Gembala (Sudirman Concert)

Oh, akulah anak gembala
Merentas segenap desa
Ke gunung, padang, dan lurah
Dari pagi hingga senja
Berbekalkan tongkat rotan
Rotan jati dari hutan

(Ah-ah-ah, ah-ah-ah)
(Ah-ah-ah, ah-ah-ah)

Oh, akulah anak gembala
Merentas sungai dan rimba
Beginilah tiap masa
Tapi hatiku gembira
Bertemankan kambing tua
Lembu jantan dan betina

(Ah-ah-ah, ah-ah-ah)
(Ah-ah-ah, ah-ah-ah)

Ibu sangat sayang kepadaku
Membekal pengat dan susu
Untuk mengalas perutku
Ayah memberi seruling tua
Untuk menghiburkan hati
Bila terasa sunyi

Oh, tiada siapa yang tahu
Nun jauh tinggi di gunung
Buah hatiku menunggu
Gembala seperti aku
Dia suka kepadaku
Aku suka kepadanya

(Ah-ah-ah, ah-ah-ah)
(Ah-ah-ah, ah-ah-ah)

Sama-sama tepuk tangan, boleh
Kalau nak menyanyi pun boleh

Duri di kaki
Peluh di dahi
Pacat dan lintah
Teman biasa

Berladang, bersawah, ku membantu ayah
Bila tamat sekolah, hijrah ke kota

Ikan yang di kali
Ular melata
Mahal sekali
Di tengah kota

Jikalau begitu elok di sana
Jika nak menjamu, cari sahaja

Ku budak kampung (budak kampung)
Kau budak kampung (budak kampung)
Hoi, orang kampung di tengah kota

Ku budak kampung (budak kampung)
Kau budak kampung (budak kampung)
Hoi, oh, orang kampung, apa khabarnya?
Hai, oh, orang kampung, jangan kaulupa
Hai kau, budak kampung, ibu dan ayah

Ingin bertani
Hidup bertani
Segar bermandi
Air telaga

Memang di kampungku asal-usulku
Biarpun di barat, kan ku pulang jua



Credits
Writer(s): Sudirman Haji Arshad, A Hassan, Siti Zaleha Mohd Hashim
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link