Di Sisimu

Syahdu
Bagaikan syair dan lagu ciptaan nirwana
Ketika
Saat dua manusia di lamunan asmara

Mari, sayang
Biarlah tatapan ini merenungi dasar hati
Di awangan
Terbangnya kita berdua menikmati alam cinta

Tiada ungkapan yang pasti untuk kubicara
Oh, bila
Bila ingin dinyatakan cintaku terhadapmu?

Berlinangan air mata
Hanya membayang sahaja (perpisahan)
Aku doa agar tiada menghampiri
Cita kita ini

Kerana di sisimu
Duniaku cerahnya laksana syurga
Hanya di sisimu
Bahagia kian bertakhta di jiwa
Di sisimu, sayang

Oh, berlinangan air mata
Hanya membayang sahaja (perpisahan)
Kudoa agar tiada menghampiri
Cita kita ini

Kerana di sisimu (sisimu)
Duniaku cerahnya laksana syurga
Hanya di sisimu
Bahagia kian bertakhta di jiwa
Di sisimu, sayang

Berlinangan air mata
Hanya membayang sahaja (perpisahan)
Aku doa agar tiada menghampiri
Cita kita ini

Kerana di sisimu
Duniaku cerahnya laksana syurga
Hanya di sisimu (sisimu)
Bahagia kian bertakhta di jiwa

(Kerana di sisimu) sayang
(Duniaku) cerahnya laksana syurga
(Hanya di sisimu)
(Bahagia) kian bertakhta di jiwa



Credits
Writer(s): Mazlan Hamzah, Johan Mohamed Nawawi
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link