Kau Masih Berdegil

Kerana sumbu pelita
Kau bersorak beria-ia
Lantas mendabik bebas
Dari kekusutan labirinmu

Tetapi jiwa rapuhku kemusykilan
Mengapa berwayang pilu?
Masih menagih manna dari syurga sana, oh-yeah

Kerana dingin scimitar
Kau menduakan maruah
Lantas memasang denak falsafah infantile kononmu

Tetapi benakku buntu menyaksikan
Mengapa kau masih bernada sendu
Masih menagih manna dari syurga nyata?

Apa alasanmu bukti kewarasan?
Kita menyusun batu bata ke zenith
Siapa boleh meneka antara gila-gila
Gempita abad kegerlipan zirkon

Kerana dingin scimitar
Kau menduakan maruah
Lantas memasang denak falsafah infantile kononmu

Tetapi benakku buntu menyaksikannya
Mengapa kau masih bernada sendu
Masih menagih manna dari syurga nyata?



Credits
Writer(s): Rosli Khamis, Joe Wings, Ahmad Azhar Othman, Eddie Wings, Azmi Hashim
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link