Sedar

Aku sendiri pilu, sayu, buntu, tak tahu, keliru
Mengapa Kau menguji begini?
Apa Kau mahu dari diri aku?

Lama ku cari jawapan
Agar hatiku mula tenang
Dan lega, reda
Akhirnya ku temui

Baru aku fahami
Mengapa tidak berhenti Engkau menguji
Kerna Engkau sayang, kerna Engkau cinta
Aku, aku, aku, dan agar ku sedar

Ho-wo-wo
Telah lama aku berdosa, tak lelah
Namun pabila Kau hadirkan musibah
Hatiku terpukul

Yah, aku yang dulu-dulu
Aku bengang, hari-hariku marah
Aku buta mata hati, tak tahu mana arah (go)
Berontak bak tiada otak
Aku melalak, tak terima takdir Dia (oh)

Aku pendam, egoku parah (ayy)
Apa yang aku tahu, puaskan nafsu serakah (ayy, oh)
Aku lupa dosa yang aku ratah (ayy, ayy)
Itulah punca bencana malapetaka

Tapi itu dulu, kini tak lagi
Aku fahami dengan taubat, taqwa, dan iman
Kau kan beri jalan (beri jalan) keluar dan rezki (keluar dan rezki)
Dari pada penjuru yang ku aku, aku tak sangka

Ho-wo-wo
Telah lama aku berdosa, tak lelah
Namun pabila Kau hadirkan musibah
Hatiku terpukul

Ampuni aku, ampuni aku, oh, Tuhan
Aku mengaku, aku mengaku salahku
Maafkan aku, maafkan aku, ku aku

Ku harap, andai dosa yang ku laku
Adalah punca kepada apa yang berlaku
Wabah, azab, dan segala-gala celaka
Aku kan kembali dan aku kan taat dan ingat diri-Mu

Baru aku fahami (aku fahami)
Mengapa tidak berhenti Engkau menguji (yeay, yeah)
Kerna Engkau sayang, kerna Engkau cinta (ayy, ayy)
Aku, aku, aku, dan agar ku sedar

Ho-wo-wo
Telah lama aku berdosa, tak lelah (ayy)
Namun pabila Kau hadirkan musibah
Hatiku terpukul



Credits
Writer(s): Timor Shait, Adnin Roslan
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link