Sebelum Pasti

Panas terhunjam
Meracau benar belakang tiada
Berkuburlah bersama deras dan lesu
Lalu bertemu diam

Silau yang gelap
Di lubuk puas geraman bertali
Pergilah datang yang pergi, pergilah
Berlumba lari jalan

Berkali bergoyah, goyah jadi
Bergoyah akan membakar jiwa, oh

Merah menjingga
Mendengar lantas sedang memerhati
Banyaknya masih secupak lelali
Hulu dalam menghilir

Batu yang luas
Meratap cara tangis menangisi
Di saat malam bermalam Yunani
Bertemu jauh, tapi dekat

Adakala sebelum masa itu semalam
Perlukah terus menunggu?
Apakah masa semasa akan selayar?
Sungguh, pasti bersungguh
Perginya akan datanglah
Sebelum garis musnah

Berkali bergoyah, goyah jadi
Bergoyah akan membakar jiwa
Merah menjingga
Mendengar lantas sedang memerhati

Adakala sebelum masa itu semalam
Perlukah terus menunggu?
Apakah masa semasa detik akan selayar?
Sungguh, pasti bersungguh
Perginya akan datanglah
Sebelum garis musnah

Adakala sebelum masa itu semalam
Perlukah terus menunggu?
Apakah masa semasa detik akan selayar?
Sungguh, pasti bersungguh
Perginya akan datanglah
Sebelum garis musnah, oh, yeah



Credits
Writer(s): Wings Joe, Andi Rahman
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link