Enam

Silang berganti memori yg kita bina dulu
Saat sedih pahit manis kita lalu suatu masa dulu
Kekal di mindaku di hatiku kaulah yang satu
Namun segalanya berubah kerna kesilapanku

Jadi jadi jadi kau mencari cari cari
penggantiku
Susah senang tenang enam tahun kita pun berlalu

Ku pejamkan mata bayangkan kau kembali sini
Namun ku tersedar melihat kau bersama dia
Posisi aku bukanlah sepatutnya sini
Jadi ku teruskan enam tapak langkah pergi

Tidak semua yang kita mahukan diberikan
Namun ku bangga malah bahgia ku setia hingga akhirnya
Kekal di mindaku di hatiku kaulah yang Satu
Namun dini hari berubah demi bahgiaku dan kamu

Jadi jadi jadi ku mencari cari cari
diriku kembali
Malam kan gelap sebelum dhuha menyinari pagi

Ku pejamkan mata bayangkan kau kembali sini
Namun ku tersedar melihat kau bersama dia
Posisi aku bukanlah sepatutnya sini
Jadi ku teruskan enam tapak langkah pergi

Mahu tak mahu ku tahuku belum sedia
Namun hidup itu tak boleh disangka jangka
Hanya ku mampu meletakmu di sujudku
Di dalam diam
Mahu tak mahu ku tahuku kekal setia
Namun hidup itu tak boleh disangka jangka
Hanya masa mampu membeningkan segala gala

Ku pejamkan mata bayangkan kau kembali sini
Namun ku tersedar melihat kau bersama dia
Posisi aku bukanlah sepatutnya sini
Jadi ku teruskan enam tapak langkah pergi



Credits
Writer(s): Aiman Roslan
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link