Dua Puluh Dua Puluh

Let's go? Okay

2020, ku ingin nak berubah
Tapi 2020 penuh masalah
Ku ingin belajar tuk dapatkan degree
Tapi sebab Covid, aku di sini

Aku tak tahan tengok muka abangku
Masuk bilik, tapi tak pandai tutup pintu (oy, tutup)
Ku ingin bersabar, tapi aku marah
Sebab aku tak boleh keluar rumah

Tak boleh salam-salam
Sampai bila duduk diam?

2020, kau tak indah
2020, kau tidak mudah
Untuk aku fahami

2020, ku dah cukup
2020, ku tak sanggup
Untuk bersamamu lagi
Lebih baik aku ma- (eh, eh, adik)

Jangan, jangan begitu (no, no)
Sabar dulu, fikir satu-satu
Diri aku pun nak mati kutu (a-ha)
Jangan buntu
Masih ada tahun baru

Now hear me say, "2021"
Nak bebas berlari kemana pun aku tuju
Tanpa risau walau bukannya mudah
Tapi kupasti semua akan berubah

Tak boleh salam-salam
Sampai bila ku nak duduk diam?

Jadi, 2021, harap kau indah
2021, please, jangan susah
Aku tak ingin guna mask lagi (tak ingin lagi)

2021, datanglah cepat
2021, aku dah penat
Tak sanggup hidup macam ini
Lebih baik aku ma-

Berdoa kepada Yang Satu
Terima kasih, kerana hidupku
Masih bernafas di muka bumiMu
Maafkan ku (الحمد لله)

Jadi, 2021, harap kau indah
2021, please, jangan susah
Aku tak ingin guna mask lagi (tak ingin lagi)

2021, datanglah cepat
2021, aku dah penat
Tak sanggup hidup macam ini
Lebih baik aku ma-

Aziz, jom makan!



Credits
Writer(s): Bunga, Amzar Razqa, Mage, Romeo
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link