Kifarah (feat. Oneness)

Padah terima balik macam ludah ke arah langit
Matahari terbit, sambung tidur dan taknak celik
Problem dunia berkait jalan hidup turun naik
Makin berat ditarik kedalam kalau tak bangkit
Kekal rap membina macam tapak construction
Bekal flow berbeza tidak follow instruction
Introduction sudah habis ini track ke lapan
Addiction ku menulis diteman rentak bunyian
Fikir pelita hati dalam mengenal diri
Masih harapkan pagar, pagar memakan padi
Kemaskan akal budi banyak kan lagi pelajari
Satu hari datang balik apa yang telah kau beri
Ku emcee bukan untuk di envy
Merangkumi Visi Luas itu semula jadi
Tak kejar pingat karya hasil kejar minat
Lakaran pena ku cakar tumbuk baris sampai padat

Betul atau salah, pasti terima padah
Tak kisah atas bawah kerna itu semua lumrah
Selagi ada kifarah, pasti tak akan salah
Selagi ada kifarah, pasti tak akan salah

Rebah jatuh ke bawah bukan erti kalah
Mudah pun jadi susah bila bermula serah
Tingkatkan langkah menuju arah yang rasa betul
Kalau lagu ni pensil tidak mungkin akan tumpul
Rap ku berketul hasil produk barang keras
Gaya bebas atas kertas still emcee panik, cemas
Arus deras ku karamkan lemas ditenggelam
Tsunami dengan flow berombak bencana alam
Penulisan garang bila karang setajam pedang
Perkataan macam bilah ritma menjadi gagang
Hunus kata pakai otak metafora cekap
Tembus tiang tengkorak bila kosa kata dah lengkap
Ku berucap, agar jumpa hidup tenang
Dunia ni permainan ya, ku mahu menang
Hidup senang, bukan penuh dengan mata wang
Bukan cakap sebarang dalam lagu ku mengarang

Betul atau salah, pasti terima padah
Tak kisah atas bawah kerna itu semua lumrah
Selagi ada kifarah, pasti tak akan salah
Selagi ada kifarah, pasti tak akan salah

Betul atau salah, pasti terima padah
Tak kisah atas bawah kerna itu semua lumrah
Selagi ada kifarah, pasti tak akan salah
Selagi ada kifarah, pasti tak akan salah

Oneness
Kau kan terima balasannya di muka dunia
Kau kan terima balasannya di muka dunia
Kau kan terima segala Kifarah yang terpalit di muka
Kau kan terima segala Kifarah yang terpalit di muka



Credits
Writer(s): Iqmal Ratnasari, Mvl
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link