Ilham Dimatamu

Di waktu rinduku mengemis secebis ihsan
Air mataku yang bergenang kaubiar jatuh
Berlinangan tanpa kaucuba memujukku

Tergamak lihatku tersungkur
Menggamit hampa
Sisa hariku sarat mendung menanti hujan

Bertahun lama
Aku pun derita sendiri
Bertingkah sedih dengan sepi
Apa mungkin takdirku begini

Akhirnya Tuhan
Berikan jawapan yang murni
Bukannya aku yang berdosa
Dambakan cinta suci

Oh, oh
Oh, oh, oh, oh, oh
Oh

Bertahun lama
Aku pun derita sendiri
Bertingkah sedih dengan sepi
Apa mungkin takdirku begini, oh-ho

Akhirnya Tuhan
Berikan jawapan yang murni
Bukannya aku yang berdosa
Dambakan cinta suci

Sebaliknya kau buta hati
Tak nampak kasih yang kaucari
Diri ini menangis di depan matamu



Credits
Writer(s): Ajai, Rosli Khamis
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link