Perbatasan

Banyak masalah yg harus dihadapi
Banyak masalah yg terpaksa dirintangi
Menunggu waktu untuk mengganti hari
Ada perbatasannya tolong lah berhenti
Telan keangkuhan tanpa disedari
Mencari ruang bernafas tuk dapat bangkit
Tuk dapat bangkit kembali

Terasa macam persekitaran sering berbeza
Tak terhurai dengan mulut sembah di hujung pena
Akal terburai ketahapan tak sesuai
Di atas senang membayar tunai
Tapi di bawah berumbai rumbai
Walau bersikap sopan gerak geri nya tak bercorak
Permikirannya tidak jelas tapi terhias di luar kotak
Dengan semangat yg hampir nyaris terkoyak
Berdepanan dgn yg terbiasa sinis dan terbiasa bongkak
Sudah terpijak oleh kaki yg rasa ringan bertindak
Tiada maaf atau segan rela pahit di telan
Niat yg kelam kelihatan terang meninggalkan kesan
Kadang berdendam jika diturut buku jari jadi pesan
Seperti lembah ingat diri biar rendah
Pikul waktu andai masih terasa lemah
Menghasilkan madu seperti lebah
Takkan menyerah walau kadangnya terasa resah
Walau

Banyak masalah yg harus dihadapi
Banyak masalah yg terpaksa dirintangi
Menunggu waktu untuk mengganti hari
Ada perbatasannya tolong lah berhenti
Telan keangkuhan tanpa disedari
Mencari ruang bernafas tuk dapat bangkit
Tuk dapat bangkit kembali

Rasa macam hilang arah
Banyak masalah
Rasa macam nak mengalah
Tak dihargai hidup seakan tiada
Tumpas sendiri ini kesilapan siapa
Terlihat di sini juga di sana
Manusia berbeza entah kenapa
Ada yang menangis mampu masih tertawa
Tapi yg terhibur tak ingin kan semua bersama

Mungkin kerana buta atas nafsu yg mendorong
Mungkin kerana disebalik yg dilihat itu semua kosong
Mungkin lebih lena mengabaikan yg perlu di sokong
Mungkin kerana nilai insan itu telah terpotong
Melihat cermin biar nyata apa yg dilihat
Biar mati tapi jangan sampai tersilap niat
Biar dibenci tapi jangan pernah memburuk sifat
Simpan ketepi apa yang tak terjinak walau terlihat

Banyak masalah yg harus dihadapi
Banyak masalah yg terpaksa dirintangi
Menunggu waktu untuk mengganti hari
Ada perbatasannya tolong lah berhenti
Telan keangkuhan tanpa disedari
Mencari ruang bernafas tuk dapat bangkit
Tuk dapat bangkit kembali



Credits
Writer(s): Abdul Hanif Iqbal Bin Abdul Manap
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link