FANA

Ancene definisi ego ora Nang Ndi
Tapi seringkali di delajahi
Peti sombong ambek serakah
Egois rono rene kok sombong
Pikirane elek bae

Karsa yang khalis izharnya berwawasan
Kuasa dibangga obsesi dengan persaingan
Atma yang songsang tamak tahta yang fana
Alah demi candawara diktator diragut semua

Mata mula merah jiwa tak tenang
Keracuan emosi, kesumat injak bertandang
Fitnah diadu domba, tak berdosa dizalimi
Rosak Aqidah minda dijala, tiada nikmat dipuji

Yang lemah dicerca yang miskin dihina
Yang gagah diangkat si kaya yang berkuasa
Terlalai terleka yang alpa pada kekhilafan
Lupa pada maha esa hanya demi kepentingan

Merintih dalam setiap duka
Pedih dan tangis selalu ada
Seiring waktu jalan tanpa henti
Ku melangkah mencari jati diri

Jangan terlalu takut salah
Jadikan iktibar dalam diri
Jangan terlalu takut kalah
Sakit gila kuasa nanti

Kerana Mata
Buta matahati
Di Dalam kata
Semua nak dijuri

Lorong Lorong Hitam,Mengusung Takdir
Kususurinya dalam diam berdoa berzikir
Terlahir dari setitis zat hina sebercak noda
Berujar penat lelahnya menyapa dosa

Hanyut di kegelapan,hilang arah tujuan
Cari cahaya sinaran, hapus smua ketakutan
Tak minta dilahirkan membesar dilorong hitam
Cari kekuatan iman,lupakan sejarah silam

Ku bersujud dalam diam mohon keampunan
Tak layakkah diri ini disisimu tuhan?
Segala hinaan cercaan sering dilemparkan
Tak akan berputus asa,kuteruskan perjuangan

Sedari diduksi setitik debu yang hina
Rapuh tak lupa dari khilaf serta dosa
Sedar dalam gelisah terlalu lama terlena
Dunia merejam durjana terbalut dengan noda

Lihat dirimu,wahai dunia
Yang fana semakin menua
Bukalah mata hatimu
Gali kembali imanmu
Bersujudlah segera
Selagi ada nyawa
Yang melekat dalam raga

Bila harta jadi idaman
Wang dianggap sebagai tuhan
Hilang malu rasa segan
Minta rasuah jadi amalan
Ramai orang tidak mengira
Dari mana berolah harta
Halal haram tidak dibeza
Asal cepat menjadi kaya

Bersultan dihati, Beraja dimata
Mulut yang Berduri, Tangan yang Berdosa
Lidah ikut berlaga di persada sandiwara
Lagak pintar bicara,janji mudah dilupa

Jangan terlalu takut salah
Jadikan iktibar dalam diri
Jangan terlalu takut kalah
Sakit gila kuasa nanti

Kerana Mata
Buta matahati
Di Dalam kata
Semua nak dijuri

Godaan singgah silih berganti
Rayuan datang tak kenal pergi
Hasutan buruk tiba dikala sepi
Namun kerna tuhan, ku yakinkan diri

Kutadahkan dua telapak tangan
Dengan air mata yang berlinangan
Segenap permohonan kulantunkan
Seperangkat harapan kuhadapkan



Credits
Writer(s): Poetic Maleeka
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link