RINTIHAN (feat. Erynn Eriynee & Fatin Serulinglady)

Sungguh pilu luluh dalam kegelapan
Rintihan cebisan tersisihnya insan
Teriris hati untuk mengapai
Kaki tangan dirantai tersadai

Arang di dahi aib yang menimpa diri
Bermuka papan Bersalai tidak berapi
Terlahirnya Anak merah yg tk berdosa
Andam karam cerita lenyap tanpa berita

Menangis merintih hingga hilang suara
Mama menutup mata deria tak endah
Tangisan rintihan tak dipedulikan
Ditinggalkan tanpa rasa belas kasihan

Ditinggalkan seorang diri lalu dibuang
Lahir hasil harga diri ibu bapa yang terbang
Kerana cinta nafsu yang ada kerana wang
Terlena dikala siang, bangkit bila malam menjelang

Sedih kesejukkan terkena angin malam dan hujan
Rasa sakit digigit serangga tempat busuk dibiarkan
Terdampar Hanya pasrah menunggu diketemukan
Insan yg mulia melindungi memberikan perhatian

Sungguh pilu luluh dalam kegelapan
Rintihan cebisan tersisihnya insan
Teriris hati untuk mengapai
Kaki tangan dirantai tersadai

Serpihan kaca berderaian
Hancur lebur kulit kerana amukan
Titisan airmata Jeritan batin teriakan
Tanpa belaian disakiti hanya dibiarkan

Kerana air kata di tampar
Tanpa sedar mereka ajal samar
Tak berkeris walau mereka berkeras
Bertali arus Celaka tiga belas

Didera setiap hari muka makan kaki
Ini realiti permainan bait rumi yg terjadi
Habis lelah kudrat dalam diri meratapi
Tiada semangat diri kunci hati sendiri

Emas yang dalang dijujung disanjung
Si malang yg tk berdosa dikurung dipasung
Buta ala dengan busung dada
Dijadikan mangsa bagi buku lima

Apakah dosa mereka
Dibuang kerna noktah noda
Tak kenal wajah Ibu Ayah
Dengan dosa yang lalai alpa

Mengapa tak izinkan seketika
Si kecil hirup udara dunia
Biarlah puas memberi cinta
Senyumannya kan bawa bahgia

Sungguh pilu luluh dalam kegelapan
Rintihan cebisan tersisihnya insan
Teriris hati untuk mengapai
Kaki tangan dirantai tersadai

Wahai manusia janganlah dikau abaikan amanah dari yang esa
Kasihanilah mereka yang dahagakan kasih dan syg ibu bapa
Janganlah di buang di saat kamu terlalai dan alpa
Janganlah ciptakan dosa demi dosa setelah dosa yang dah dilakukan
Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih
FITRAH



Credits
Writer(s): Poetic Maleeka
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link