Susah

Hello?
Oh-oh

Hidup tak selesa, nyawa tercabut
Nafas makin singkat, jiwaku serabut
Susah nak percaya, senang diperdaya
Susah-senangku bersama kamu

Separuh jiwaku hilang bersamamu bila kau pergi
Perasaan ini takkan berhenti
Semua masa yang aku sudah beri
Janji tak pernah ditepati janji
Harapan palsu kau beri, aku simpan
Segala derita yang kau beri pada aku, ku terpaksa telan

Tak pernah ku abaikan
Tak pernah ku lalaikan
Selalu cuba cari masa dan takkan lupakan
Masih ingat lagi masa kita dua berjumpa
Ingat lagi kali pertama kita kongsi rahsia, ho-wo

Tak henti cari pengganti cinta
Kau ku masih nanti, apa yang kau lalui
Jika kau perlu ku di sini
Kalau kau perlu padam segala memori
Aku rela dibenci

Ku rela dibenci
Ku rela disakiti
Tak mengapa ku bilang kerna biar ku alami
Terpaksa hilangkan diri, mahu keseorangan
Sekarang lihat balik hanya tinggal kenangan

Hidup tak selesa, nyawa tercabut
Nafas makin singkat, jiwaku serabut
Susah nak percaya, senang diperdaya
Susah-senang aku bersama kamu, oh

Ku tolak tepi apa yang aku dipesan
Disuruh tinggalkan apa yang ku mahukan
Bila ku susah, kau ada, bila salah, kau leh ubah
Beribu bintang, tapi lihat kau sorang

Aku susah
Aku doa
Aku susah
Aku doa
Terbaik untuk kamu



Credits
Writer(s): Ahmadjohnson69, Mf Bil
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link