Baba - 1511018

Bila zaman budak, Aku budak nakal
Nakal yang berakal bukan nakal cari pasal
Ingat darjah 3, cikgu bilang aku hilang
Aku cabut sekolah, tapi pulang pun siang
Baba dirumah baba baru balik kerja
Mula marah marah tapi sayang pun ada
Janji tak buat lagi tapi tu janji budak lagi
Seminggu dua tiga kali cikgu call lagi
Lumrah anak lelaki, membesar mula berani
Mula gaduh gaduh feeling feeling YnD
Umur jejak sepuluh, aku mula curi curi
Aku jadi ketua ala anakku Sazali
ingin jadi rapper, aku rap di sekolah
Baba tak suka cara ku pakai Seluar
Terus jadi skater, baba layan je
Mula lari dari polis hanya pasal skate je

Ingin ku cerita kepada mu baba
Apakan daya, biar ku cerita saja
Ini kisah kisah tersembunyi baba
Doa ku sentiasa pada mu baba

Umur dua satu baba sedih pasal aku
Lama baba tunggu tunggu begitu juga ibu
Setahun kita terpisah, kerana daun saja
Apakan daya, aku seorang yang lemah
Tak lama kena lagi, kini terbang ke changi
Baba kecewa tapi baba tabahkan hati
Satu lawatan, baba datang sorang sorang
Baba dengar cerita aku terangkan dengan terang
Mula hari tu kita semakin rapat
Bila balik baba asyik berikan nasihat
Anakku Ilyasa cucu pertama, baba suka
Baru ku faham segala suka duka baba
Tak lama baba jatuh sakit pula
Segala dicuba tapi takdir yang berkuasa
Maaf kan bai atas segala dosa dosa
Semoga kita berjumpa lagi di syurga

Ingin ku cerita kepada mu baba
Apakan daya, biar ku cerita saja
Ini kisah kisah tersembunyi baba
Doa ku sentiasa pada mu baba



Credits
Writer(s): Azmi Bin Ibrahim
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link