Tak Mahu (feat. B-Heart)

Sudah tak perlu, tak lagi aku damba
Bukan sekadar kamu jadi mangsa dan hampa
Masanya berlalu semakin tak kenal siapa
Raut wajah mu, lubuk hati bicara

Ku tahu kau mahu,
Tuk bisa kembalikan rasa cinta kepada mu
Ku tahu kau perlu
Tapi kau tinggalkan diriku

Kau pergi tanpa kau berbicara
Mengapa ku lalui semua
Indah segala pada mulanya
Tapi sebenarnya ini dusta

Ku tak mahu mu
Ku tak perlu

Acapkali tarik tali hingga diputus untuk menolak
Kiranya berapa kali
Tak sama dengan apa yang kita borak

Katakan perlu berundur
Then fall back to me jika penat bertempur tersungkur di medan perang yang tiada penghujung
You should feel like home
Namun rasa terkurung

Refleksi, kau aku sama
Bekas parut cipta trauma
Sesaat cebisan kebahagiaan yang kau rasa
Kau tinggalkan aku dalam koma
Kini titik noktah, bukan koma
Penamat kosong di ruang rongga solo dolo saat kita ronda
Sambil jahit luka, namun

Ku tahu kau mahu
Tuk bisa kembalikan rasa cinta kepadamu
Ku tahu kau perlu
Tapi kau tinggalkan diriku

Kau pergi tanpa kau berbicara
Mengapa ku lalui semua
Indah segala pada mulanya
Tapi sebenarnya ini dusta

Ku tak mahu mu
Ku tak perlu

Apa yang telah terjadi haruskah ku lalui
Apa nasib ku ini
Mengapa jadi begini

Kau pergi tanpa kau berbicara
Mengapa ku lalui semua
Indah segala pada mulanya
Tapi sebenarnya ini dusta

Ku tak mahu mu (ku tak mau, ku tak mahu)
Ku tak perlu (ku tak perlu, ku tak perlu)
Ku tak mahu mu (ku tak mau, ku tak mahu)
Ku tak perlu (kutak perlu, ku tak perlu)



Credits
Writer(s): Hairi Azri Henri, Wai Ming Yue, Khodi, Amir Abu Hasan
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link