Ambil

Ambil yang sekatun, sedut itu racun
Sebatang dan sebatang, dada macam arang
Ambil yang sekatun, sedut itu racun
Sebatang dan sebatang, dada macam arang
Ambil yang sekatun, sedut itu racun
Sebatang dan sebatang, dada macam arang
Ambil yang sekatun, sedut itu racun
Sebatang dan sebatang, dada macam arang.

Orang yang berkuasa atau orang yang berjasa?
Kasta kasta sosial dibelenggu masih rasa
Rasa budi dan kata tiada diperkasa
Maka ikut sahaja hingga terjerumus binasa
Ikut rumus pertama, selesa dengan teori lama
punca kuasa dua, kau punca antara dua
Indah seindah kata tapi cantik lagi bahasa
Hingga orang tertelan tipu daya, taktik lama
Carut kosa kata, tak dengar yang dikata
Jadi tuli lepas megah dengan kata-kata
Kalau itu habit, mengapa boleh berjangkit?
Mungkin hobi yang diadaptasi jadi penyakit berjangkit
Semua derma nasihat
Kami tunggu dan lihat
Tunggu sampai rambut gugur mereka tetap liat
Asyik bergiat kegiatan yang takkan penat
Sebab goyang jari pinggul kaki tarian tu sihat
Lebih ramai pengemis daripada dermawan
Lebih ramai penjual daripada jualan
Lebih banyak tanah tapi tak pernah dikerjakan
Lebih banyak penghasut yang sudah telan hasutan

Ambil yang sekatun, sedut itu racun
Sebatang dan sebatang, dada macam arang
Ambil yang sekatun, sedut itu racun
Sebatang dan sebatang, dada macam arang.

Semua tunggang kuda jadi dia ikut tumpang
Esok lusa, dia pun tunggang sorang
Lihat ramai betina mahu jadi penumpang
Tumpang tanya dulu mungkin jantinanya sumbang
Hidup songsang, tapi siapa mahu kisah?
Ramai orang buat, jadi ikut tanpa resah
Ada yang berminat, ada yang acah-acah
Ada yang terima telan macam makan rasuah.
Lebih ramai pengemis daripada dermawan
Lebih ramai penjual daripada jualan
Lebih banyak tanah tapi tak pernah dikerjakan
Lebih banyak penghasut yang sudah telan hasutan

Ambil yang sekatun, sedut itu racun
Sebatang dan sebatang, dada macam arang!
Ambil yang sekatun, sedut itu racun
Sebatang dan sebatang, dada macam arang!
Terrrrahhh!
Ambil yang sekatun, sedut itu racun
Lebih ramai penghasut yang sudah telan hasutan. Arh!
Ambil yang sekatun, sedut itu racun
Sebatang dan sebatang, dada macam arang.



Credits
Writer(s): Muhammad Firdaus Mohammad Pu'ad
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link