Ku Menunggu

'Ku begini seperti selalu
Membilang waktu berlalu
Entah berapa lama aku tak sedarinya
Berapa lama harus menunggu?

Aku mimpikan suram cahaya
Bertukar cahaya indah
Semoga tiba hari
Bersinar ruang hati
Menyuluh arah jalan kembali

Kutunggu angin perubahan
Barat, utara, timur, selatan
Meniti doa malam dan siang
Teranyamnya semula ikatan

Sayang semua hanyalah mimpi
Kenyataannya langit dan bumi
Aku di sini, engkau di sana
Sayup jauh terpisah

Entah 'kan kerana sayangku
Ataupun kerana sabarku
'Ku menunggu

Air mata dan senyuman
Antara mimpi dan harapan
Adalah rindu sembilu
Menghiris kalbu
Yang terlalu menyayangi
Di akhirnya terkorban diri
Menyedari itu aku putuskan
Pasrah segala pada Tuhan

Kutunggu angin perubahan
Barat, utara, timur, selatan
Meniti doa malam dan siang
Teranyam semula ikatan

Sayang semuanya hanyalah mimpi
Kenyataannya langit dan bumi
Aku di sini, engkau di sana
Sayup jauh terpisah

Entah 'kan kerana sayangku
Ataupun kerana sabarku
'Ku menunggu

Masih lagi seperti selalu
Membilang waktu berlalu
Semoga tiba hari
Bersinar ruang hati
Menyuluh arah agar kembali



Credits
Writer(s): Bte Hassan Habsah, Bin Mohd Dom Aidit Alfian
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link