Wanita Adalah Rakyat (feat. Nikki Palikat, LOCA B, Kaka Azraff, Takahara Suiko, Sharifah Amani, Fatimah Abu Bakar & YB Nurul Izzah)

Setiap langkah, laku dan kata
Tiap wanita jadi wacana
Salah erti tanpa usul periksa
Menjadi mangsa yang teraniaya
Janganlah diracuni akar umbi
Ubahlah jati, demi si pertiwi
Lantangkan suara, adil saksama
Ayuh kita, teguh semua

Wanita tercipta
Menuju tiang negara
Usah ragui kemampuannya
Cita-citanya

Wanita tercipta
Menjadi tiang negara
Usah takuti jiwa mindanya
Bagai senjata mampu menggoncang dunia

LOCA
Ku tulang belakang juga rusuk
Seseorang ku masih mampu goncang dunia
Juga bayi dalam waktu yang sama
Lembut tika memupuk
Uncang dicelup untuk kau rasa dan hirup
Kuasa suria yang riuh

Jangan takuti pancaranku (jangan takuti)
Ku di sini untuk membantu (ya, ku di sini)
Bukan menggugat posisi
Dan ku tak perlukan izin
Ku takkan henti, kerna aku yakin

Wanita tercipta
Menuju tiang negara
Usah ragui kemampuannya
Cita-citanya (usah ragui kemampuanku)

Wanita tercipta
Menjadi tiang negara
Usah takuti jiwa mindanya
Bagai senjata mampu menggoncang dunia

Lama terkurung minda dan jiwa
Jasad meracau mahu menggila
Yang termaktub hilang begitu saja
Ditakluk papa dan huru-hara

Yang diroboh kita bina semula
Yang tinggal hanya kita jaga kita
Harungi ombak ribut dan gempa
Ayuh kita, teguh sama

Kita hanya ada satu peluang
Maka maknakan hidup kita
Lindungi wanita-wanita kita
Seperti menjaga sebuah negara

Wanita tercipta
Menuju tiang negara
Usah ragui kemampuannya
Cita-citanya (usah ragui kemampuanku)

Wanita tercipta
Menjadi tiang negara
Usah takuti jiwa mindanya
Bagai senjata mampu menggoncang dunia

Setiap langkah dilakar oleh mereka yang sebelum ini
Setiap langkah dilakar demi mereka yang selepas ini
Menatang syurga di tapaknya
Membina dunia dengan kasih sayangnya
Membelai jiwa, memupuk bangsa
Setiap generasi dari rahimnya ke dunia



Credits
Writer(s): Anas Amdan, Takahara Suiko, . Loca B, Yb Nurul Izzah, . Alvan.k, . Sa.tu, H Fazleena, Sharifah Amani, Ili Zuhair
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link