Takkan Pernah Tahu

selalu resah benda yang tak pasti
trauma yang lama masih lagi menghantui
apa yang aku rasa selama ini
aku pendam dalam sanubari
jadi aku luahkan dalam lagu
walau kau dan kau ya takkan pernah tahu
cinta buatkan kita jadi buta
ada rupa semuanya jadi nyata
yang tiada apa terus hina di mata mereka
tapi dengar lah apa yang aku mahu kata
ini kisah hidup aku
dan aku luahkan dalam lagu
biarkan mereka nak kata apa
mereka takkan pernah rasa
rasa gembira ini palsu
cuma aku dan dia sahaja tahu
aku dibuli sejak zaman sekolah menengah
mental dan fizikal aku dah penat
dan aku tahu yang buli aku dulu
masih lagi gembira diluar sana
sedangkan aku disini merana
sedangkan aku disini merana
ya pagi buta masih lagi berkarya
dalam lagu berharap satu hari
nanti kan dapat jelajah dunia
selalu resah benda yang tak pasti
trauma yang lama masih lagi menghantui
apa yang aku rasa selama ini
aku pendam dalam sanubari
jadi aku luahkan dalam lagu
walau kau dan kau ya takkan pernah tahu
ya akhir waktu aku lawan aku
mencari jawapan yang sebenar
tapi tuhan kata sabar
masanya akan tetap hadir
kenapa aku yang harus juga
tempuh? tapi aku tak kisah
selagi berdaya aku akan tetap rempuh
jujur aku cemburu lihat yang lain gembira
sedangkan aku disini masih lagi derita
gaya ku memang unik
satu dalam sejuta
itu fakta dan benda
yang kau perlu percaya
selalu resah benda yang tak pasti
trauma yang lama masih lagi menghantui
apa yang aku rasa selama ini
aku pendam dalam sanubari
jadi aku luahkan dalam lagu
walau kau dan kau ya takkan pernah tahu



Credits
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link