Iktiraf

Tuhan
Hapuskan dariku
Rasa lazatnya berdosa padaMu
Dan kurniakanlah daku rasa
Lazatnya taat padaMu

Ilahilastu lil firdausi ahlaa
Wala aqwa 'ala naril jahiimi
Fahabli taubatawwaghfir zunubi
Fa innaka ghaafiruzzanbil aziimi

Tuhan
AmpunanMu lebih
Luas dari dosak-dosaku
Dan rahmatMu lebih ku damba
Di sisiku
Daripada amalanku

Ilahilastu lil firdausi ahlaa
Wala aqwa 'ala naril jahiimi
Fahabli taubatawwaghfir zunubi
Fa innaka ghaafiruzzanbil aziimi

Tuhan
Telah ku zalimi
Diri aku sendiri
Jika engkau tidak ampuni
Dan rahmati diri ini
Nescaya merugilah aku

Wahai Tuhanku
Aku tak layak ke Syurga
Namun tak pula rela ku
Untuk ke api neraka Mu

Wahai Tuhanku
Aku tak layak ke Syurga
Namun tak pula rela ku
Untuk ke api neraka Mu

Terimalah taubatku
Dan ampunilah dosaku
Kerana Kau sesungguhnya
Pengampun dosa-dosa besar
Pengampun dosa-dosa besar



Credits
Writer(s): Akmal Mustafa
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link