Batas Menanti

Mahu kubawa saja hati ini
Dan pergi jauh dari sisi sangkar hidupmu
Kerna tak sanggup lagi ku berdepan
Dengan setiap cemuhan mata yang memandang

Andai benarlah apa yang diduga
Tak gunanya memendam rasa antara kita
Padam, biarkan tak lagi bernyala
Api kebencian cuma tak menguntungkan sesiapa

Yang manakah satu pilihan buatku?
Nampak berterusan, sengaja kau biarkan
Diriku terkapar-kapar hampir tenggelam
Dalam lautan hempedu kasihmu
Ku sendiri berenang-renang mencari tepian

Telah kunekad terima segala
Di dalam bentuk apa jua keputusannya
Kini batas kesabaran menanti
Cukup rasanya di sini, ia berakhir

Yang manakah satu pilihan buatku?
Nampak berterusan, sengaja kau biarkan
Diriku terkapar-kapar hampir tenggelam
Dalam lautan hempedu kasihmu
Ku sendiri berenang-renang mencari tepian

Telah kunekad terima segala
Di dalam bentuk apa jua keputusannya
Kini batas kesabaran menanti
Cukup rasanya di sini, ia berakhir



Credits
Writer(s): Adnan Bin Abu Hassan, Amran Omar
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link